Perkhidmatan & Harga

Maklumat lengkap mengenai perkhidmatan, kadar harga, dan butiran tempahan untuk pengembaraan sempurna anda di Kampung Sungai Timun

+6011-19254269 Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi Available 9:00 AM - 6:00 PM

Sewaan Bot Memancing

Berapakah kadar sewaan bot untuk memancing?

Bot kecil: RM50-80 sehari (tanpa bumbung)
Bot besar: RM80-120 sehari (tanpa bumbung)

Berapa kapasiti maksimum penumpang bagi satu bot?

Bot kecil = 2-3 orang
Bot besar = 4-5 orang

Adakah sewaan termasuk pemandu bot atau perlu kendalikan sendiri?

Asing. Pemandu bot mengikut individu, biasanya RM60-80 sehari.

Apakah masa operasi sewaan bot?

24 jam.

Adakah peralatan memancing disediakan?

Tidak.

Adakah perlu tempahan awal?

Minimum 2 hari awal.

Sewaan Chalet

Berapakah kadar sewaan chalet untuk satu malam?

RM80-90

Apakah kemudahan yang disediakan dalam chalet?

Penyaman udara, tandas, dapur, katil. Dilengkapi sepenuhnya.

Berapa kapasiti maksimum bagi setiap unit chalet?

Tiada kapasiti maksimum, tetapi terdapat 6 katil.

Bagaimana proses tempahan dibuat?

Melalui telefon dan WhatsApp.

Apakah waktu daftar masuk dan daftar keluar?

Tiada masa yang ditetapkan. Boleh maksimakan sehingga 1 hari (24 jam) dan tiada caj akan dikenakan jika lewat daftar keluar. Sekiranya boleh, jangan daftar masuk pada waktu tengah pagi.

Adakah disediakan makanan atau perlu bawa sendiri?

Makanan perlu bawa sendiri.

Sewaan Tempat

Adakah kawasan boleh disewa untuk aktiviti seperti perkhemahan, BBQ, atau program sekolah?

Boleh, tidak kira apa aktiviti sekalipun.

Apakah jenis ruang yang disediakan?

Seluruh kawasan, dari jeti sehingga ke gelanggang futsal.

Berapa kadar bayaran sewa untuk satu sesi/hari?

RM300.

Apakah syarat-syarat penggunaan tempat?

Tiada syarat, cuma jagalah tempat sebaiknya. Sampah perlu dikutip. Ikut budi bicara umum yang normal.

Melihat Kelip-Kelip

Apakah masa terbaik untuk melihat kelip-kelip?

Sebaiknya selepas maghrib (7:00 malam - 9:00 malam).

Berapa kadar bayaran untuk aktiviti melihat kelip-kelip?

RM200 (bot besar berbumbung, 12-15 orang) – sekali jalan dari petang.

Berapa lama aktiviti ini berlangsung?

Tiada had masa.

Adakah terdapat had umur atau langkah keselamatan khas?

Tiada. Atas tanggungjawab sendiri (jaket keselamatan disediakan).

Siapa yang akan menjadi pemandu pelancong untuk aktiviti ini dan kaedah hubungan?

Pemandu yang mahir kawasan sungai (malam). Kebiasaannya pemandu bot sedia ada.

Menyusuri Sungai

Berapa lama perjalanan menyusuri sungai biasanya?

Kebiasaannya pelancong mengambil masa sekitar 3-4 jam (dari 5:00 petang) untuk bersantai. Jika berjalan terus tanpa banyak henti, hanya mengambil masa 2 jam.

Apakah yang boleh dilihat sepanjang perjalanan?

Sabak Arang (RM5), Taman Lokan (RM2), buaya, pelbagai jenis burung, bangau, pokok bakau.

Apakah waktu sesuai untuk menyusuri sungai – siang atau malam?

Siang untuk melihat pemandangan alam dengan jelas, malam untuk kelip-kelip.

Berapa kadar bayaran bagi aktiviti ini?

RM300 – bot besar berbumbung (12-15 orang).

Apakah skop menyusuri sungai? Dari lokasi mana ke lokasi mana ia akan bermula dan berakhir?

Dari jeti, ke Sabak Arang, ke Taman Lokan. Kemudian kembali ke jeti.